Selasa, 18 Mei 2010

Makan Malam Alumni 4B Malaysia bersama Dato' Seri Najib Tun Razak

PM LANCAR SKUAD PRIHATIN ALUMNI 4B

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan kenderaan rasmi Skuad Prihatin Pertubuhan Bekas Ahli 4B Malaysia ( Alumni ) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 31 Mei 2010 jam 8.00 malam.

Pelancaran itu dilakukan sempena majlis Malam Amal Alumni dan kenderaan tersebut akan digunakan untuk program membantu ahli dan rakyat yang ditimpa bencana alam serta kerja-kerja kebajikan.

Hadir sama pada majlis itu ialah ketua menteri Melaka yang merupakan Presiden Alumni 4B Malaysia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Keahlian Alumni 4B Kluang FC ditubuhkan 1 Jun 2010 dan terbuka kepada bekas-bekas ahli Gerakan Belia 4B Kawasan Kluang dan ahli Persatuan Belia atau sukarelawan berumur 41 tahun ke atas.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di Face Book Group Alumni GB4B Kluang Fan Club atau email hjdin56@yahoo.com.my atau sms 016-4214100

Ahli Alumni 4B Kluang Fan Club secara rasminya akan menjadi ahli Alumni 4B Johor dan Kebangsaan apabila telah menjelaskan yuran keahlian seumor hidup sebanyak RM10.00 dan di serahkan kepada Tn Hj Ramly Othman 0127085454

AJK Penyelaras Alumni 4B Kluang Fan Club terdiri daripada Pengerusi En Radzali bin Mohd Noor merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang dan Pegawai Jasa Kluang. Setiausaha Tn Hj Samsudin Mahmood dan Bendahari Tn Hj Ramly Othman

Aktiviti pertama ialah celek IT yang akan diadakan di Makmal Siber SMK Sultan Abdul Jalil pada 27 Jun 2010 dari jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg. Bayaran sebanyak RM 10.00 bagi setiap peserta termasuk minum petang. Sila daftar kepada Tn Hj Samsudin