Sabtu, 3 Julai 2010

Kembara Mahkota 2010










Keberangkatan tiba DYMM Sultan Johor Tuanku Ibrahim ibni Almarhom Sultan Iskandar ke Kluang bersama Kembara Mahkota Johor 2010 di Stesen Keretapi Kluang.

Ketibaan Baginda disambut rakyat jelata dan kelihatan Cikgu Radzali bin Mohd Noor Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kluang merangkap Timbalan Pengerusi Alumni 4B Johor bersalaman dan mengucup tangan Baginda. DAULAT TUANKU....DAULAT TUANKU.....DAULAT TUANKU

Jumaat, 2 Julai 2010

Persidangan Agong DWI Tahunan Alumni 4B Negeri Johor





Persidangan Agong DWI Tahunan Alumni 4B Negeri Johor telah diadakan pada 2 Julai 2010 jam 3.30 ptg di Dewan Jublee Intan Pontian. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Mazlan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Persidangan berjalan lancar kerana semua jawatan dari Pengerusi Tetap sehingga AJK menang tanpa bertanding. Tahniah kepada Tn Syed Hood bin Syed Idros Pengerusi Penaja Alumni 4B yang telah menarik diri memberi laluan kepada Tn Hj Hamsan selaku Pengerusi Alumni 4B Negeri Johor yang baru dan En Radzali bin Mohd Noor selaku Timbalan Pengerusi.

Usul di luluskan Alumni 4B Negeri Johor ke Persidangan Perwakilan Alumni 4B Malaysia ialah mengwujudkan J/Kuasa Alumni 4B mengikut Parlimen.

Perwakilan Alumni 4B Kluang



Gambar Perwakilan GB4B Kluang bersama YB Datuk Hj Ahmad bin Hj Mazlan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
En Radzali bin Mohd Noor (Mantan Pengerusi GB4B Kluang dan Naib Pengerusi GB4B Negeri Johor, Tn Hj Ramly bin Othman ( Mantan Naib Pengerusi GB4B Kluang dan AJK GB4B Negeri Johor, Tn Hj Shukor bin Md Seh ( Mantan Setiausaha GB4B Kluang ) , Tn Hj Samsudin bin Mahmood ( Mantan Bendahari GB4B Kluang ), Pn Salbiah binti Mohd Noor ( Mantan Pengerusi Tetap GB4B Kluang ) dan En Saat bin Salleh ( Mantan AJK GB4B Kluang )